HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015

anugerah cemerlang skk

Pada hari Selasa, 17 November 2015, Sekolah Kebangsaan Kayang telah melangsungkan  Majlis    Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8:00 pagi dengan kehadiran para ibu bapa yang turut meraikan majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan oleh pengerusi dan diikuti ucapan Guru Besar . Tepat pada pukul 9:30 pagi upacara perasmian telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Pendidikan Perlis. Dalam upacara tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

persembahan th6

Beberapa persembahan oleh murid-murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antaranya persembahan yang menarik ialah persembahan nyanyian oleh murid-murid tahun 6, dan tarian oleh murid prasekolah. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.

Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kapada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun, murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah.

Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Diharapkan agar majlis ini menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

Share Button
image_pdfimage_print