HAL EHWAL MURID

PRAKATA

CIKGU ASRULNIZAM BIN AZMI
UNIT HAL EHWAL MURID

Pengurusan HEM  merupakan tunjang utama sesebuah sekolah, ianya merupakan satu mekanisme yang memperoses semua urusan murid di sekolah. Oleh itu Jawatankuasa Pengurusan HEM SKK akan memastikan agar bersedia dengan lebih rapi bagi memenui keperluan pelbagai pihak yang berhubung dengan sekolah khususnya ibu bapa dan penjaga.
Disamping menyalurkan segala bantuan, unit ini juga berperanan untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Keperluan asas murid merupakan satu tanggung jawab yang diamanahkan  agar semua murid yang layak akan mendapat agihan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Amanah Pelajar Miskin dan bantuan-bantuan lain.
Mengawal disiplin merupakan satu cabaran bagi Jawatankuasa HEM. Oleh itu pengurusan HEM akan mengembeling tenaga dan kepakaran agar dapat mengawal disiplin serta membantu murid-murid mengembangkan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Diharapkan SKK akan melahirkan murid yang syumul dan sayang kepada sekolah.

VISI
MURID CEMERLANG
SEKOLAH GEMILANG

MISI
MELAHIRKAN MURID BERMOTIVASI TINGGI DAN MAMPU BERUSAHA KE ARAH KECEMERLANGAN SAHSIAH,  AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
OBJEKTIF

 Menentukan agar murid SKK mempunyai Kes Salah Laku Sifar.
 Menentukan supaya murid yang layak menerima bantuan kebajikan, perkhidmatan kesihatan, dan keselamatan yang disediakan dengan adil.
 Membimbing murid dengan perkhidmatan Kaunseling ke arah yang boleh membawa kejayaan kepada murid , sekolah dan masyarakat.

 

Share Button
image_pdfimage_print