KOKURIKULUM

PENGURUSAN KOKURIKULUM

 PRAKATA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG

UNIT KOKURIKULUM

Unit Kokurikulum SK Kayang berhasrat membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid dengan menyeluruh dan seimbang menerusi aktiviti kokurikulum dengan menyediakan perancangan kokurikulum yang meyeluruh meliputi aktiviti persatuan, badan beruniform dan sukan serta memastikan setiap murid menganggotai sekurang-kurangnya satu aktiviti dari setiap unit persatuan, badan beruniform dan sukan. Ia juga berhasrat membangunkan dan memupuk kemahiran sosial, bakat, kepimpinan, tanggungjawab dan sikap kewarganegaraan murid dengan menyediakan aktiviti kokurikulum yang terancang yang mengambil kira pembangunan intelek, rohani dan jasmani murid.

Unit Kokurikulum akan memastikan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dibangunkan dan dimajukan serta dinilai bagi memastikan pencapaian matlamat.  Unit Kokurikulum akan berusaha meningkatkan kemudahan dan perolehan sumber kokurikulum dengan meningkatkan kemudahan untuk aktiviti persatuan, badan beruniform dan sukan dan permainan.

VISI

Murid TerbilangKokurikulum Cemerlang. 

MISI

Membangunkan diri murid secara seimbang melalui penglibatan yang terancang dalam aktiviti kokurikulum.

OBJEKTIF

  • Membangunkan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh dan seimbang menerusi kokurikulum.
  • Membangunkan kemahiran sosial, bakat, kepimpinan, tanggungjawab dan sikap kewarganegaraan murid.
  • Meningkatkan kemudahan dan sumber kokurikulum
  • Menyediakan peluang untuk murid melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti kokurikulum
Share Button
image_pdfimage_print