MAJLIS HARI KEBANGSAAN 2015

 

Pada hari Khamis, 27 Ogos 2015 yang lalu, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kayang, Jawatankuasa Program Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Kayang telah menganjurkan satu Majlis Sambutan dan Perasmian Hari Kebangsaan peringkat sekolah bagi sesi tahun 2015. Semua warga sekolah berhimpun beramai-ramai di Dataran Kayang bagi meraikan sambutan program yang sememangnya menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyambutnya. Pelbagai aturcara untuk memeriahkan majlis sambutan ini telah direncana dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis tersebut telah berlangsung dengan lancar. Majlis yang dianjurkan dan  dikelolakan oleh Panitia Sejarah/Kajian Tempatan/ Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bersama dengan Panitia Matematik. Selain itu, terdapat penglibatan beberapa panitia lain seperti Panitia Pendidikan Seni dan Visual, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Muzik, Pusat Sumber Sekolah Unit 3K, Unit ICT, Kelab Rukun Negara serta murid-murid prasekolah. Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua guru serta pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung atas komitmen dan bantuan yang diberikan semasa berlangsungnya majlis ini.

KE GALERY 

 

Share Button
image_pdfimage_print