Pertandingan Innovation Design Research International Symposium, IDRIS 2017

inovasi6

Selasa, 25 April 2017
Silka May Tower, Kuala Lumpur.

Sejarah Terpahat Lagi.
Kejayaan Demi Kejayaan di Capai Oleh Pelajar-Pelajar SK Kayang. Penyertaan kali pertama oleh Kelab Inovasi & Robotik, SK Kayang di Pertandingan Innovation Design Research International Symposium, IDRIS 2017 yang berlangsung di Silka May Tower, Kuala Lumpur telah menghasilkan kejayaan yang gemilang. 1 Gold Medal, 1 Double Gold Medal & 1 Gold Award dari Manila Young Inventor Association, Philippine telah berjaya dimenangi.

Penyertaan di peringkat International yang disertai oleh 16 Buah Negara termasuk Malaysia telah memberi pendedahan yang amat berguna kepada pelajar-pelajar SK Kayang. Sebanyak 250 Penyertaan, 70 penyertaan dalam kategori International, 50 penyertaan dalam kategori Universiti, 90 penyertaan dalam kategori Sekolah Menengah dan 40 penyertaan dalam kategori Sekolah Rendah.

Bebekalkan semangat yang tinggi untuk menang, disamping dorongan yang tinggi dari Cikgu Azizah, Cikgu Azrulnizam & Guru Besar Sendiri, Puan Hajah Noridah Binti Haji Hamdan, akhirnya membuahkan hasil yang amat memberansangkan.

Alhamdulillah, kehadiran Puan Hajah Noridah telah memberi 1 harapan dan inspirasi baru kepada warga SK Kayang. Teruskan GB, semoga SK Kayang yang sudah berusia 100 Tahun ini akan dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster dan seterusnya Sekolah Berprestasi Tinggi pada satu hari nanti.

Insha Allah.

Berikut adalah senarai pemenang:

Tajuk: TT (Toothbrush And Toothpaste)
Penyelidik:
Ahamd Azamuddin Bin Ahmad Solahuddin
Afham Abqari Bin Afriezul,
Muhaimin Bin Elmi Fansuri
Azim Syazwan Bin Amin Izham
Nur Alia Binti Zamri
Penyelia:
Nor Azizah Binti Zamri
Asmah Binti Ramli
Pencapaian: Gold Medal

Tajuk: C-Clock For Innovative Teaching
Penyelidik:
Nur Allya Syaffiyah Binti Shayfull Zamree
Nur Alnia Basyirah Binti Mazlan
Amirul Aaqeef Bin Azrulnizam
Penyelia:
Azrulnizam Bin Mukhtar
Hajah Noridah Binti Hamdan
Pencapaian:
1. Double Gold Medal From IDRIS 2017
2. Gold Award From Manila Young Inventor Association, Philippine

#skkayang
#majuterusmaju
#kelabinovasidanrobotikskkayang

Share Button
image_pdfimage_print