SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

TOKOH GURU 2015

19 Mei 2015 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015 dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Muzik dan Panitia Pendidikan Seni.

Semua murid dan guru telah berkumpul di Dataran perhimpunan  pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu Sekolah. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Ketua Murid Sekolah iaitu  Nazrol Rahimi Bin Nazlan. Dalam ucapannya,Ketua Murid yang mewakili semua murid menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru dan ucapan terima kasih kepada guru-guru,serta mendoakan mereka. Seterusnya majlis. Diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar.  Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan lagu “ Kami Guru Malaysia” dan seterusnya bacaan ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Ustaz Ezzunil.

KE GALERI HARI GURU…

 

Share Button
image_pdfimage_print